selamat, buat penghuni daerah rohani ini
hiduplah kalian di sini selagi ada sayang
tinggallah disini selagi ada kasih
daerah ini bukan suralaya, cuma setinggan
yang pastinya tiada nyaman buat semua
daerah yang cuba mengharamkan benci mendarat di sini
biar tinggal yang indah-indah sahaja untuk diingati
tak kira samada pelawatnya hebat mahupun melarat
semuanya dengan ketat akan diingat
menjadi warganya hingga akhirat
daerah ini juga tak punya matawang
yang ada cuma pertukaran
kau berikanku gembira
akan kutertawa seriangnya
kau khabarkan duka
akan kuratap sehibanya
pertukaran rasa antara dua jiwa
kekal percuma untuk selamanya
sememangnya adat setinggan dikubur zaman
pasti hilang dilanggar ketentuan
namun kutegakkan nisan tanda ingatan
tanda kita pernah berkasih sayang