Lebih kurang 9 tahun dulu ketika aku mengambil upah menjual kuih dan kerepek di bandar Kajang dia selalu datang ke gerai aku dan memeras tanpa segan silu.... 2 ringgit harga tetap... pada mulanya aku juga seperti kebanyakan orang, memberikan wang kerana tidak mahu diganggu... bukan berasaskan konsep sedekah sangat... pemberian itu sebenarnya lebih kepada upah supaya jangan mengganggu aku.... soalan pahala hanya tuhan yang punya jawapan.
Lama-kelamaan aku tertarik dengan alasan yang diberi... tidak sekalipun dia memberi alasan yang sama setiap kali dia meminta duit dariku... semuanya pasti berlainan dari yang sebelum-sebelumnya... ada sahaja cerita di sebalik kesusahannya untuk hari itu... mungkin semuanya rekaan, tapi aku tak pernah ambil kisah. Cerita yang diceritakan semakin hari semakin panjang semakin menarik... diselitkan dengan nyanyian lagu-lagu meruntun jiwa... jujur kukatakan dia punya suara yang hebat... memandangkan ketika tengahari aku agak kurang sibuk, dia akan melepak berhampiran geraiku dan bercerita... upahnya cuma 2 ringgit... walaupun aku boleh ke panggung wayang untuk menonton filem dengan segala kesan khas tapi cerita mamat ni lebih memberi kesan... cerita yang tepi jalan ini kadang kala sampai ke langit tinggi perginya....
Begitulah tuhan menganugerahkan manusia ini dengan kebolehan bercerita yang sangat bagus... bayangkan jika dia ada sebatang pen dan buku serta sedikit kerajinan pasti akan lahir karangan-karangan yang bagus... ini kerana dia ini nyata sekali sangat jarang kekurangan idea... perjalanan hidupnya dijaja sebaik mungkin demi mencari sesuap simpati dari manusia sepertiku... aku pasti ada yang mendorongnya giat bercerita begini... mungkin didorong kelaparan.... kecintaan... ataupun ketagihan... itu urusan dia dan tuhan... yang penting kebaikan dalam apa yang diceritakan.
Semalam aku didatangi seorang lelaki.... " Dik mintak 3 ringgit... abang tunggu tauke abang... dia tak datang lagi, perut lapar ni... tadi buat kerja kat Sungai Chua takde kedai makan melayu.... nak naik motor, member abang lak pakai" katanya panjang lebar. Aku sedikit tersenyum.... dia masih mengekalkan rekodnya, seribu satu cerita di seribu satu masa... walaupun sudah 9 tahun tak bersua...
No comments:
Post a Comment