Sedang aku asyik melepak di kedai kegemaranku, aku disapa oleh seorang kanak-kanak... Anak ini sememangnya sering menegurku bila berselisih denganku... adakala aku akan meluangkan sedikit masa menyelam ke alam remaja anak itu dengan berborak sekadar boleh... Namun perkhabaran yang diceritakan kepadaku semalam agak meruntun jiwa.... dia menceritakan yang dia baru sahaja kehilangan ibu yang dikasihinya.... subjek kematian nyata agak berat untuk ditangani oleh anak ini... walaupun sekali-sekala dia mengukir senyuman... terpacul juga di mulutnya menyatakan kesunyian yang tidak tertahan dengan pemergian ibunya.... aku amat yakin tiada kata yang mampu mengubat duka tragedi ini, kehilangan ahli keluarga sememangnya adalah peristiwa yang akan terus kekal dibawa bersama hingga akhir hayat nanti... hanya masa mengubat segala duka... aku cuba menenangkan anak itu dengan saranan padanya untuk berdoa bagi kesejahteraan ibunya pada tuhan.... spontan dia menjawab "saya tak tahu... macam mana nak doa, bang" aku pesan padanya (sebenarnya pesan itu untuk aku), bahawa setiap yang kita minta pada tuhan adalah doa, kerana tuhan itu sangat kuat mendengar, Dia sentiasa ada sepanjang masa dan juga memahami pelbagai bahasa.. dia senyum seolah-olah mengiakan... harapku malam itu dia berdoa pada tuhan... semoga tuhan meringankan beban kerinduan anak itu.... sebagaimana tuhan menolong aku dahulu....
No comments:
Post a Comment